Saturday 29 December 2012

NYANYIAN SOLFA + AKTIVITI MURID

Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.  Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan mereka.  Nyanyian merupakan aktiviti penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAaatOGm0As0gxh-em1q6WKkrz1GY4IomOwcozk85VBwBt05roNmmsHhIOZ9BcmpQvwFB58YcPky04XwymcLFvf3j26HAxy_kispnlMPjz1Wz4gq4aW2mgkpzO3OIg83lercs__PGLaBOV/s1600/cute-solfa.gif
Image: Credits to Syazalina83


Mengajar di kelas Muzik Tahun 2, aku paling suka bila menyentuh topik nyanyian solfa.  Murid-murid juga seronok menyanyikan keseluruhan solfa dalam tangga solfa secara menaik mahupun menurun. Dari pemerhatian saya, lagu-lagu KSSR, Mulanya Di Sini, Dunia Muzik Tahun 2,  pemilihan lagu-lagu dalam  modul yang diberikan kepada guru kebanyakannya dinyanyikan dengan iringan muzik kod C, D, E, F, G yakni dalam solfa DO, RE, MI, FA, SO.

Susunan solfa secara menaik dan menurun adalah seperti berikut;

a)  Susunan Solfa secara menaik. ( DO, RE, MI, FA,SO, LA, TI, DO )











b)  Susunan solfa secara menurun ( DO, TI, LA,SO, FA, MI, RE, DO )

Setiap solfa mempunyai bunyinya yang tersendiri.  Semasa murid-murid menyanyikan solfa bagi corak pic mudah yang saya tunjukkan, saya selalu mengingatkan kepada mereka agar tidak 'mencuri' bunyi solfa lain..( ada juga penerapan nilai murni..hihi..).

Aktiviti menyanyi solfa bagi corak pic, semestinya memerlukan seseorang guru itu sendiri menghafal bunyi setiap solfa, ini berdasarkan pengalaman saya yang kadang-kadang juga 'tercuri' bunyi solfa lain. 


AKTIVITI;
A.  Cuba nyanyikan solfa berikut;

 1.

 2.

 3.

 4.
    MI  SO  LA  LA

    LA  SO  MI  MI

    LA  SO  MI  SO

    SO  MI  LA  LA  SO  MI

 


B.  Nyanyikan solfa bagi corak pic yang berikut;





 C. Nyanyikan Lagu BUNYI PERKUSI di bawah dalam nyanyian solfa;
         

      DO  DO  RE  MI  SO  RE  RE  SO  FA  MI  RE  MI  MI

      DO  DO  RE  MI  SO  RE  RE  SO  FA  MI  RE  DO  DO




 D.  Nyanyikan Lagu MAIN MUZIK berikut dalam nyanyian solfa;



     MI  SO  MI  SO MI  FA  LA  LA

     RE  FA  RE  FA  RE  MI  SO  SO

     MI  SO  MI  SO  MI  FA  LA  LA

     TI  LA  SO  FA  MI  RE  DO



4 comments:

  1. Tahniah..laman blog yang menarik..Teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. 10q for sharing...tp ada tak panduan nak bunyikan solfa dengan betul supaya x tercuri bunyi solfa yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada panduan khusus...kena hafal..mcm hafal sifir..

      Delete
  3. Bunyi solfa boleh dapat di fb group muzik sekolah rendah, tq

    ReplyDelete