Wednesday 21 November 2012

ALAT-ALAT PERKUSI BERMELODI dan TIDAK BERMELODI

Apabila menyampaikan pelajaran alat perkusi bermelodi dan tidak bermelodi kepada murid-murid, berdasarkan pengalaman saya, murid perlu terlebih dahulu faham tentang takrif 'melodi'. Takrif tersebut harus disampaikan dalam bentuk yang paling ringkas dan mudah difahami.

Secara ringkasnya, melodi ialah susunan pic yang boleh bergerak menuju arah tinggi, rendah dan mendatar. Apabila beberapa pic bergabung ianya akan membentuk sebuah melodi lagu. ( Boleh dikaitkan dengan bunyi solfa dalam tangga solfa untuk lebih difahami murid )

Konsep Melodi;
a)  Susunan pic secara melintang. Pic boleh disusun secara berurutan. (sekuens)
b)  Pic dalam melodi boleh bergerak secara meninggi, rendah dan mendatar.
c) Pic dalam melodi yang bergerak secara bertangga atau melompat dinamakan Skel.
d)  Gabungan beberapa rangkaian pic akan membentuk melodi lagu.
e)  Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.

  
 Alat Muzik bermelodi;

MELODIAN/PINIKA   
     
XILOFON

ALAT PERKUSI TIDAK BERMELODI
  • Menghasilkan satu ton sahaja  (tidak boleh membentuk sebuah melodi)
  • Mudah dipelajari
  • Dimainkan dengan cara dipukul, digoncang, dipalu, digesel, diketuk dan sebagainya.
 


Tamborin


Dram Samping/ Getar


Simbal
bermain simbal..


0 comments:

Post a Comment