Friday, 30 November 2012

DINAMIK DALAM EXPRESI MUZIK + LATIHAN

Setiap persembahan muzik, khususnya nyanyian, berupaya mempengaruhi perasaan atau mood orang yang mendengar atau menghayatinya.  Hal ini bergantung kepada expresi yang ditonjolkan dalam persembahan muzik tersebut. 

Expresi dalam muzik merupakan ungkapan fikiran dan perasaan yang diwujudkan oleh pencipta muzik atau oleh penyanyi, untuk disampaikan kepada pendengar.  Salah satu aspek penting yang mempengaruhi expresi dalam sesebuah persembahan muzik ialah dinamik.

Bunyi (volume) pada suara ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru.  Dalam muzik, kuat atau lembutnya sesuatu bunyi disebut dinamik.

Dalam sesebuah lagu, simbol dinamik dituliskan pada bahagian-bahagian tertentu, bagi melakukan perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut. Penyanyi akan dapat mengenalpasti dalam bahagian mana lagu tersebut perlu dinyanyikan dengan kuat atau dilembutkan.  

Berikut adalah beberapa simbol dan istilah dinamik dalam persembahan muzik yang dipelajari oleh murid-murid tahun 2;


SIMBOL

ISTILAH

MAKNA
f

mf

<
Forte

Mezzo forte

Crescendo
Bunyi kuat

Sederhana kuat

Semakin kuat
p

mp


>

Piano

Mezzo piano


Decrescendo

Bunyi lembut

Sederhana lembut

Semakin lembut




Persembahan koir biasanya dikaitkan dengan dinamik dalam nyanyian.
 
Konsert Permata Seni
Lagu : Kain Pelikat
Instructor : Syafinaz Selamat

                              






LATIHAN; 
Tuliskan sama ada bunyi yang dihasilkan itu kuat atau lembut.

 1.
 Kereta berlanggar antara satu sama lain.

 
 2.
 Motosikal


 3.
 Bunyi anak ayam



 4.
 Harimau mengaum



 5.
 Rama-rama berterbangan.



 6.
 Anjing menyalak




..end.














7 comments: