Friday 16 November 2012

Teori Kecerdasan Howard Garner + Ampal (orang Kita)

 Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner;
  •  Kecerdasan Muzik 
            Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari  , mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.  Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan,  muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya.  Orang yang mempunyai kecerdasan muzik; 

a)  Berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik dalam persembahannya.
b)    Dapat bermain alat muzik/ mempelajarinya dengan mudah.
c)    Dapat menghafal lirik muzik dengan baik. 
d)    Boleh menggubah rentak dan tempo muzik.
e)    Mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
f)     Dapat menggubah kata-kata menjadi lagu.
g)    Boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik.
h)    Pintar melantunkan nada lagu dengan baik.
i)     Pandai menggunakan kosa kata muzikal.
j)    Peka terhadap ritma,  ketukan,  melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik.



 AKU DAN MUZIK..( Catatan ikhlas author)
 Aku meminati Muzik..suka mendengar lagu-lagu..tapi pemilih lagu yang disukai dan hendak didengar..Aku menyokong bahagian b. Kecerdasan Muzik berdasarkan Teori Howard Gardner.  Walaupun tidak pernah menghadiri kursus tapi aku boleh memainkan gitar dan keyboard.  Walau pun bukan profesional tapi cukup untuk mengiringi murid-muridku menyanyi repertoir mudah dalam kelas.

Aku suka agar aku tahu perkembangan artis tempatan yang aku minati..aku meminati mereka bukan berdasarkan rupa tetapi alunan melodi, lirik lagu penyanyi tersebut.

Apakah aku tergolong dalam orang yang memiliki kecerdasan Muzik?
Si Nabil kata..." Lu Fikirlah Sendiri.."

Abu Bakar Ellah atau  Ampal seorang artis Sabah, termasuk dalam rangking artis yang aku minat. Unsur kecindan yang ada dalam dirinya dan diselitkan pula dalam persembahannya memang menarik hati.  

"  ...Orang kita..kita orang...orang kita..kita orang.
jaga-jagalah budaya kita..
ingat-ingat asal-usul mu... " ..

JOM..LAYAN LAGU SI AMPAL.

0 comments:

Post a Comment