Contoh RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN(Objektivisme)
Tarikh :
28 Mac 2012 (Rabu) Masa
: 8.15-8.45 Pagi
Kelas : 2
Amanah Bil.Pelajar : 20 Orang
Mata Pelajaran :
Pendidikan Muzik
Tajuk :
Pengalaman Muzikal
Standard Kandungan :
1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau
Berkumpulan
Standard Pembelajaran : a) Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat
b) Memainkan perkusi badan mengikut detik lagu
Standard Pembelajaran : a) Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat
b) Memainkan perkusi badan mengikut detik lagu
Kemahiran :1.1.5
Menyanyi mengikut tempo
1.2.2 Menepuk tangan mengikut detik lagu.
Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat menyanyikan repertoir
Mengikut tempo sambil menepuk tangan mengikut
detik lagu dalam kumpulan dengan
Baik
dan dalam suasana yang riang ceria.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyanyi dan menepuk
tangan
Konsep :
Tempo detik lagu
Bahan :
CD.Skor lagu,keyboard,gambar askar.gambar orang tua.
Nilai :
Kerjasama,berdisiplin,mendengar arahan,kreatif.
Langkah /Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
SET INDUKSI
(5 minit)
PERKEMBANGAN
Langkah 1
( 10 Minit )
Langkah 2
( 10 Minit)
PENUTUP
( 5 minit )
|
Tempo cepat dan lambat
Menepuk detik
Menepuk detik berpandukan ikon
Menyanyi repertoir mengikut tempo lagu sambil menepuk detik lagu
Menyanyikan lagu dalam tempo cepat dan lambat.
Apliksi menepuk detik dalam lagu
|
Guru mempamerkan gambar askar
dan meminta murid menunjukkan cara askar berkawad.
Guru memperlihatkan lagi gambar orang tua dan meminta murid
menunjukkan cara orang tua sedang berjalan
Guru menyoal murid;
Contoh;
*Apakah perbezaan antara cara askar berkawad dengan orang tua
berjalan?
Guru mengandaikan jawapan murid sebagai;
*Askar berjalan cepat,orang tua berjalan lambat*
Guru memperdengarkan lagu bunyi perkusi sambil menepuk detik.
Guru dan murid bersama-sama menepuk detik lagu berpandukan ikon not
yang dipamerkan oleh guru.
Guru memainkan instrumental lagu bunyi perkusi dan bersama-sama murid
menyanyikanlagu bunyiperkusi sambil menepuk detik.
Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan.
Kumpulan 1-menyanyikan repertoir tempo cepat sambil menepuk detik
lagu.
Kumpulan 2-menyanyikan repertoir tempo lambat sambil menepuk detik
lagu.
Guru menjemput setiap kumpulan membuat persembahan.
Guru Memberikan peneguhan positif / rangsangan terhadap kumpulan yang
selesai membuat persembahan.
Guru mengedarkan lembaran kerja rumah.
Guru memainkan keyboard dan meminta murid-murid menyanyi lagu bunyi
perkusi dalam tempo cepat dan lambat sambil menepuk detik lagu.
|
Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dan melakukan aksi
askar sedang berkawad.
Murid melihat gambar yang diperlihatkan oleh guru dan melakukan cara
orang tua sedang berjalan.
Murid mendengar lagu.
Murid menepuk detik lagu ‘bunyi perkusi’ bersama-sama guru
berpandukan ikon not yang ditunjukkan oleh guru.
Murid menyanyikan lagu bunyi perkusi dengan iringan muzik
instrumental mengikut tempo sambil menepuk detik lagu.
Murid bergerak dalam kumpulan dan membuat persediaan dalam persembahan
kumpulan.
Murid dalam kumpulan membuat persemabahn-menyanyikan repertoir tempo
cepat,lambat sambil menepuk detik lagu
Murid-murid menyanyikan lagu bunyi perkusi bersama-sama dalam dua
tempo iaitu tempo cepat dan lambat dengan iringan keyboard sambil menepuk
tangan mengikut detik lagu.
|
BBM;
Gambar askar
Gambat orang tua,tongkat
Kemahiran berfikir;
-membanding beza
BBM
CD 1-Track 5
Ikon detik lagu (not)
BBM
CD 1-Track 6
Dinamika kumpulan
Kemahiran pelbagai
Penilaian guru berdasarkan pemerhatian
Keseimbangan kesepaduan koordinasi etika.
BBM;
Skor lagu keyboard
Kemahiran pelbagai
|
..........
Tindakan susulan;
..........
Ulasan
Pensayarah/ Guru Pembimbing
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
……………………………………………………
excellent job cikgu!! informatif dan releven (^_^)
ReplyDelete